Thursday, April 17, 2014

5 April 2014

Assalamualaikum pembuka bicara.

5 April ? Ada apa dengan 5 April?
Nak dijadikan cerita.. 5 April adalah tarikh lahir aku la. *Wei. sedih doh aku korang tak ingat.*

Aku hidup dah lebih kurang 16 tahun. Dalam umur yang ke-16 ni.. Aku bersyukur sangat-sangat kerana aku masih boleh bernafas dan melihat alam ini. Terima kasih Allah.





Dalam hidup ni mesti la ada suka dan duka, pahit dan manis, masam dan masin, mendung dan cerah. Eh? Melalut pulak dah. Aku tak tahu kenapa, aku boleh terfikir yang aku ni dah 'matured' ehem! Aku ulang sekali lagi, 'matured'!

Selama 16 tahun aku hidup ni, macam-macam dah perkara yang aku lalui. Banyak dah pengalaman yang aku dapat selama 16 tahun ni. Belum lagi kalau umur aku 20? Pengalaman belajar, pengalaman tentang kehidupan..
Bagi aku, kesemua pengalaman tu la yang menghidupkan kita. Pengalaman yang sering menyedarkan kita bahawa dimana tempat kita berdiri sekang. Jadi, fikir-fikirkanlah.

********

Pengalaman dalam keluarga.
Aku dapat rasakan kasih sayang daripada keluarga aku sama ada orang tersayang yang di rumah ataupun di hutan... *krikk kriikk

Persahabatan.
Persahabatan aku pulak macam biasa la. Oleh sebab aku ni jenis yang 'peramah', eh. Peramah ke? Ah, lupakan! Oleh kerana aku ni jenis yang agak suka berkawan, jadi tak ada masalah la pasal persahabatan aku ni. Alhamdulillah so far, aku masih lagi ada fungsi dalam persahabatan kami. Tak la aku jadi tunggul. Ye dak?


Pada angka 16 ni jugak, sebelum ni aku dah kenal dan jumpa ramai orang. Bak kata pepatah, ramai orang, macam-macam la ragamnya. Aku bersyukur aku boleh membezakan antara mana yang baik dan yang buruk, yang talam dua muka tiga muka semuanya ni.. Memang aku dah dapat scan. Jangan risau.
Hahaha.

Mungkin orang yang mengenali aku di realiti terkadang menganggap aku ni sombong. Maaf ! anda tersesat dan terpesong yang amat jauh sekali dari landasan. Aku bukanlah seorang yang sombong. Kalau jumpa pun, aku akan perhatikan anak mata orang tu. Tapi, kalau orang yang kita kenal tu langsung tak pandang kita, adakah kita berhak digelar sombong?


Apapun, aku tetap dengan hidup aku yang slumber vadarkk nye ini. Orang tak kisah pasal aku, aku tak kisah pasal orang. Aku jenis malas nak ambik tahu. Nanti orang cakap jaga tepi kain lah luar kain lah dalam kain lah.. Er.. Lantaklah semua. Janji aku bahaga dengan orang yang masih sudi berada di sisi aku saat aku susah dan senang.




*Hidup ini ibarat suatu perjalanan. Ia bermula tanpa pernah dipinta, dan ianya akan berakhir tanpa diduga. Siapa sahaja yang hidup, pasti akan menemui kematian. Kehidupan pasti akan berakhir jua suatu hari nanti... -anonymous*

Adios ! Semoga berjumpa lagi jodoh kita di lain entri ! ;-)

No comments: