Thursday, July 3, 2014

Hai, Lama Tak Jumpa

Assalamualaikum, dan selamat malam diucapkan kepada para readers yang tengah berblogwalking.

Ok, lupakan.
Sebelum tu, aku nak ucapkan SALAM RAMADHAN untuk semua umat islam walau dimanapun mereka berada.

Rasa macam,.. Dah lama pulak aku tak update blog kan?
Last hari tu bulan April masa birthday aku. Jadi malam ni, aku nak kongsi sedikit sebanyak tentang aku. Eh? Ada ke yang sudi baca? HAHA
Ke aku yang syok sendiri? -_-


Sebelum tu, but first, lemme take a selfie ! Bhaha :D



Baik lah. Berbalik kepada tajuk. Lama tak jumpa. Ya. Benar. Memang sudah lama kita tidak bersua melalu laman sesawang ini. sampai-sampai aku pun rasa macam nak demam dah sapu habuk-habuk kat blog aku nih. *hacummmm* *hacummm*


Memandangkan sekarang bulan puasa, aku sekarang takde lah sibuk mengalahkan perdana menteri. Cuma malam ni aku rasa free dan laptop pun tak meragam ye dak?
Rasa ringan je tangan ni nak menaip. Tapi, kalau cikgu suruh buat karangan 360 patah perkataan.. Memang satu idea pun tadakk ! 


1 Ramadhan 1435h.
Hari tu. Aku demam. Jatuh pada hari permulaan puasa. Memang aku gagahkan diri aku supaya puasa je. Malas ar nak ganti. Jadi, sampai sekarang masih ada sikit-sikit demam tu. Urghhh.. Sungguh aku benci padamu.
Badan aku panas tak tertahankan. Ok aku redha.. Tapi, yang aku tak puas hatinya bila demam ni tinggalkan effect dia yang paling aku tak suka. 
Suara aku jadi rock ok? Sampai sekarang tak sembuh-sembuh.. Jenuh aku melayan kerenah classmate yang suka mengata aku yang suara jantan aku keluar. Haihh.. Boleh pulak. 


Aku cuma nak korang doakan aku cepat sembuh. Tapi ustaz ada cakap,..
"Demam ni boleh mengurangkan dosa-dosa kecil kita dan ujian yang Allah bagi. Jadi, ucaplah Alhamdulillah kerana Allah telah mengurangkan dosa-dosa kecil kita dengan bagi kita demam,. Wallahualam." 

Gtg,.
Love, Nora :)=

No comments: