Friday, April 15, 2016

Kerana Kau

Assalamualaikum.
14 April 2016. Harini keluar keputusan Tingkatan 6. Mesti banyak lepasan SPM 2015 excited nak tunggu keputusan ni. Termasuklah aku.

Beberapa bulan sebelum keputusan dikeluarkan dulu, aku ada bagitahu kawan sekelas aku yang kami akan sekelas lagi bila berada di Tingkatan 6 nanti. Jadi aku panggil dorang 'my future classmate'. Kemain lagi dorang gelakkan aku. HAHA

Tapi dalam hati aku masa tu aku betul betul memaksudkannya. Tapi, bila keputusan Tingkatan 6 dah keluar pukul 1230 tengahari tadi, aku dengan bangganya taip sms pastu hantar ke 15888. Well, nak tahu keputusan kan.

Beberapa minit lepas tu sms pun masuk dalam inbox phone aku. Aku terkejut. Aku terkejut bukan apa.. Aku terkejut sebab aku dikejutkan dengan jurusan yang ditawarkan kepada aku. Aku dapat jurusan Sains. Tak seperti yang aku harap harapkan sebelum ni. Aku berharap agar aku dapat jurusan kemanusian pastu dapat la aku sambung dekat sekolah lama. Tapi.. everything has changed sejak dapat sms tu.

Seharian aku takda mood. Tak tahu pulak kenapa. Aku ingatkan dah lepas Tingkatan 5, aku terlepas dari killer subject semua tu. Kimia, Biologi, Addmath..cuma Fizik je aku tak ambil dulu sebab aku ambik subjek Reka Cipta.

Tapi entah kenapa, hati aku kuat mengatakan yang aku kena ambik jugak tawaran tu. Jurusan sains. Tak tahu kenapa..hmm.. Mungkin aku dah memang berjodoh dengan sains? Hahaha

Apa-apa pun, tengok la nanti macam mana..berserah pada takdir jelah. Istikharah? In Shaa Allah..
Kita hanya mampu merancang. ALLAH yang menentukan. Kalau kita memang niat nak belajar, kenapa tidak?? Tiada yang mustahil kalau kita memang dah niat dan ada walaupun sekelumit keinginan di dalam diri. Adios ~☺